Powered By Blogger

Friday, August 14, 2009

Lamanya aku menyepi..

Mama, Rina & Haikal @ Cameron Bharat


Me & Adrina @ Cameron Highland

lama sangat dah rasanya aku menyepi lepas pilihanraya hari tu.. mungkin sebab aku dah malas atau apa.. aku sendiri tak pasti.. yang aku sedar dah hampir setahun aku tak kunjung blog ni.. hampir aku dah lupa.. bila fb 'menggila' aku jadi taksub dan asyik dengan mencari kawan - kawan sekolah dan kawan Uitm dulu.. upload gambar tu dan ini.. ketawa baca komen yang ntah mengarut2 aku rasakan.. lupa blog ini yang setia menanti.. aku benar2 lupa.. hinggalah aku tergerak hati untuk buka blog yang aku bina dengan hp aku.. tiba2 aku terbuka blog ini.. perasaan hati bercampur baur..tak tahu.. kalau blog ini manusia rasanya dah lama aku kena sumpah seranah... Terima kasih Allah kerana men'jumpa'kan aku dengan blog aku ini.. terima kasih blog kerana setia menanti..

Sunday, August 24, 2008

Heboh... Permatang Pauh..

Dua minggu ni kawasan Permatang Pauh semakin heboh.. dulu pekan yang sunyi ni dan kawasan parlimen sekitarnya penuh dengan bendera - bendera parti yang bersimpang siur di atas jalan. Aku berkesempatan semalam ronda - ronda tengok suasana.. cadangnya malam ni tapi aku tak berani nak amik risiko dah sebab aku tahu malam ni bukan setakat heboh tapi akan semakin gamat.. dan aku amik jalan mudah tak nak terjebak kalau berlaku sebarang aktiviti yang aku anggap tak 'sihat'..

Apapun suasana dah semakin hangat.. hari selasa ni aku nak ucapkan kepada warga Pulau Pinang selamat bercuti sempena hari membuang undi.. harapan aku semuanya berjalan lancar esok.. bagi yang dapat cuti jangan lupa mengundi.. jangan dapat cuti lepas ni tak mengundi pulak.. alih2 balik kampung.. ingat.. undi anda adalah penting yang menentukan apa yang akan dibawa kemudian hari..

Permatang Pauh.. dah heboh.. malam ni bertambah la heboh..

Selamat Mengundi!!

Sunday, August 17, 2008

Percubaanku..

Salam..
Apa khabar semua.. ini adalah percubaan aku untuk buka sebuah blog.. aku tak tahu nak mulakan macam mana.. tapi setiap satu permulaan kena mula dengan satu langkah.. betul tak? jadi perkara yang pertama yang selalu aku buat bila jumpa kawan2 atau sesapa pun aku akan ucapkan salam then aku akan tanya soalan ni.. 'Apa cerita? '.. jadi blog ni aku akan masukkan apa saja cerita yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan.. mungkin dari pembacaan atau dari pengalaman atau dari sembang2 kosong ngan kawan yang dah lama aku kenal atau baru kenal.. jadi kalau ada yang nak baca aku persilakan dan kalau ada yang nak kongsipun aku tak kisah.. dipersilakan juga..

every journey start with one step.. Hoping my step will continue and never turning back..