Powered By Blogger

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hari ni dah hari raya ketiga.. baru aku ada masa nak update blog ni.. sekian lama aku makin jadi makin malas.. bukan aper.. masa yang nak peruntukkan makin kurang.. tido aku pun dah macam tak cukup.. kalau tanya kawan aku.. pasti jawapannya 'hang tak pandai urus masa tu..'. Mungkin betul mungkin tidak apa yang kawan aku cakapkan tu.. bukan apa.. kadangkala kita mampu merancang.. tapi adakalanya segala yang bakal kita tempoh kita tak tahu..

tak pe la.. aku kan cuba cari masa.. itu yang PKanan aku penah cakap.. nak kata kerja yang nak buat memang sentiasa tak habis - habis.. rasanya makin bertimbun - timbun.. hehehe..lawak - lawak.. Aku boleh dan aku cuba.. Amin..

Semalam aku buat open house.. bukan open sangat cuma kebiasaannya aku jemput kawan - kawan datang rumah hari kedua.. jadi menu aku tahun ni Laksa Buyong Layar Yooi, Lemang Lahar Yooi, Rendang Tok Kak Resida, Kuih raya 'Pick n Pay', Kacang Manikan ( pelbagai ) dan air berkabonat F&N.. hehehehe..

Mungkin ada yang tertanya mana aku pergi Raya Pertama?.. macam tahun sebelum aku akan solat sunat Hari Raya dekat surau taman aku kemudian ke rumah tok aku (nenek) berjumpa dengan parent aku kat sana.. kemudian ke rumah Ngah aku.. kemudian ada family photoshot kejap kat rumah member aku fadzliah ( thanks fadzliah amik aku jadi photographer) kemudian aku balik ke rumah parent aku dan last sekali baru balik rumah mertua aku. Tak banyak rumah yang aku pergi tapi penatnya penat la sangat.. bukan apa spent quality time kat sana.. mungkin nanti aku akan upload gambar pulak yer.. so itulah cerita Raya tahun 2009.. tahun depan entah lah.. sama ada aku dapat lagi untuk bertemu Ramadhan Al Mubarak dan Syawal di tahun 2010.

kalau ada rakan - rakan yang membaca blog ni ampun dan maaf aku pohonkan.. salah silap terkasar bahasa atau apa-apa saja yang buat kawan - kawan kecil hati ngan sikap aku harapnya dimaafi.. Salam Ceria di Aidil Fitri

No comments: