Powered By Blogger

Sunday, August 29, 2010

Kisah Malam2...


Entah kenapa aku rasa MALAM ni aku tak dapat nak tidoq lagi.. lepas buat segala kerja yang ditugaskan mata aku rasanya tak ngantuk dah. Teringat aku malam - malam begini zaman student, zaman kerja dan zaman sekarang ni..

Zaman Student - Lewat tidoq malam atau berjaga sampai subuh adalah satu kebiasaan. Biasanya aku akan stay buat assignment atau buat artwork masa kat Kolej JATI dulu. Ye la masa tu masih kat kolej.. so tak kemana la.. buat design dan lepak dekat hall sambil memerah dan mencurah idea..Ingat lagi aku masa nak siapkan design untuk setem orkid.. aku buat lepas jam 12 malam sampai pukul 5.30 pagi.. lepas tu siap bangun gi sarapan dan kemudiannya terus tak tidoq pi mengadap pensyarah hantar design.. Yang bestnya tu artwork aku yang dibuat kurang 6 jam diterima pensyarah.. hehehe..
tapi malam - malam kat Kolej Jati jugak jadi tempat buang masa aku dengan bermain 'pakau' dengan member2 sebilik.. layan dengar 'life-band' Tim, Tepet, Epoi dan kawan2 yang lain.. Hakikatnya masa diJATI kami happy ketika MALAM melabuhkan diri..

Lepas tu aku dan satu blok C kena buang sebab seorang 'malaun' salah gunakan waktu MALAM ni buat 'onar'..tak yah la explain.. tak elok rasanya.. Hikmahnya lepas aku keluar daripada JATI dan menyewa di Seksyen 7 (Pualam 3- Rumah Li Bom) aku makin kenal dunia MALAM.. TIADA HAD itu yang mampu aku ucapkan tapi Alhamdulillah aku berjaya kawal tak sampai terbabas.. masa dunia internet terbuka luas di UITM aku ambil peluang menggunakan waktu MALAM untuk 'mengenal' dunia alam maya ini di Cybercafe sekitar seksyen 2 dan 7 yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. dan seperti biasa tak tidoq MALAM tak banyak mengganggu aktiviti harian aku disiang hari (walaupun ada ketikanya aku terbabas).. dan paling aku tak lupa balik kampung untuk raya haji dari Shah Alam ke Tasek Gelugor selepas jam 12MALAM.. seorang diri hanya bertemankan botol minyak petrol 'spare' yang diisi dalam botol 2T dan air mineral 500ml menerjah perjalanan yang mengambil masa 8jam untuk sampai.. pagi esoknya aku sampai dan tengahari aku masih berdaya pergi 'beraya' dirumah awek aku.. pergh...

Lepas habis UiTM.. aktiviti malam aku makin galak bila ada teman seumurku yang bujang yang suka sangat ronda waktu MALAM.. mana tidaknya siang dah bertungkus lumus bekerja maka MALAM lah aktiviti kami bermula.. dari makan seawal 7 malam diKULIM kena nasik lemak ANAK MAMI, seterusnya ke Batu Feringgi hanya kerana secawan kopi sambung perjalanan lagi mencari SUP HAMEED dan Line Clear.. kemudian Teh Tarik dan capati di sungai petani.. dan semua ini hanya dalam SATU MALAM.. itulah kenangan aku sampai sekarang tak dapat nak faham.. Dan ketika ini aku mula rasa aku makin lewat bangun kerja..

Sekarang.. kalau aku lewat tidoq saja melayan 'facebook', 'email' atau soalan periksa dan nota yang nak diberikan pada waktu MALAM.. akibat 'keterlanjuran' suka berjaga ini akan memberikan kesan yang amat menyakinkan.. aku pernah 'pening berpinau' bila bangun esoknya.. semua orang kupandang 'ada saja tak kena', mata aku seakan nak 'terjojol' keluar dari paksinya.. Hakikatnya aku dah dimakan USIA..
Doktor pernah menegurku.. katanya aku perlu banyak rehat.. bila sistem tidoq aku diubah badan aku dah tak boleh nak ikut lagi.. erti kata lain badan aku tak dapat 'follow' kehendak hati.. silap2 hari bulan mau makan diri

Macam Shah-Moloko selalu ucapkan.. 'Hakikatnya'.. Kena selalu muhasabah diri dan badan ini.. satu masa dulu kita boleh itu dan ini.. tapi sekarang kena fikir BANYAK KALI...

Thursday, April 29, 2010

Kisah Mini Part -3


Setelah segala proses PUSPAKOM dan JPJ selesai maka secara SAHnya aku dah memiliki sebuah MINI- An Iconic Head Turner.. Itu definisi aku tentang mini.. Mungkin ada yang tanya kenapa?.. sebabnya aku pasti kalau setakat proton or produa yang lalu lalang masa kita dok minum teh tarik kat LUAR kedai mamak.. aku ulang LUAR kedai mamak kita buat 'donno' saja.. off course la nothing special pun.. tapi bila sebijik classic mini cooper dengan deruman ekzosnya melintas walaupun slow macam siput pastinya akan ada mata yang meleret membawa kepalanya ikut sama.. so faham la ye maksud aku..

aku dapat MINI ni dah macam dapat BINI.. happy sakan la.. so apa yang biasanya aku buat tentang keta seharusnya diservis.. tukar minyak hitam.. cuci itu dan ini.. polish mana yang patut.. dan bila dah puas hati 'it's time to see what power beneath the engine'.. So aku buat test run dekat2 dulu.. Kepala Batas, Kulim dan Butterwoth.. so far so good.. so aku pun sembang dengan pomen jom kita try pi jauh sikit.. next stop is JITRA.. jumpa member mini kat sana...

Satu petang yang suam2 kuku cuacanya aku decide nak gerak dengan sebijik lagi MINI mark-1 1963 milik adeq motor.. keta dia macam mana? Agak ganas dengan lubang reput dan color flatblack cat by x-worker adek motor.. tapi power keta dia mencecah 150km sejam.. pergh.. baru nak gerak hujan renyai2.. alahai.. dah ok kami pi fill up the gas.. dah siap jalan sekerat masa kat corner aku dengar benda jatuh.. rupanya aku lupa kunci penutup minyak aku. alahai.. jenuh cari tapi nasib baik jumpa.. so kami teruskan masuk ke tol bertam...

bersambung..

Monday, March 15, 2010

Kisah Mini - part 2

Petang tadi aku ke Sg Petani.. Singgah sekejap di Vintage Autowork.. Sebuah kedai menjual aksesori mini.. ada yang baru dan ada yang lama. Nak tak nak pulak ayahanda aku, adik2 aku 'follow' sekali.. maka terbeliak la mata kami.. kata ayahanda aku satu masa dulu habis kedai 'parts' mini @ keling botoi di ceruk rantau ayahanda ku redah semata - mata nak cari 'parts' yang susah nak dapat.. sekarang ni banyak yang dah boleh order saja direct dari England. Harga yang aku kenal pasti taklah mencekik darah..

So.. apa sebenarnya yang aku nak imbau kenangan Mini ni.. kisahnya kali pertama aku membuat pilihan untuk beli Mini yang aku ada sekarang ni.. semuanya bermula dengan satu perbualan dengan jiran selorong rumah aku.. abang Pyan.. Bukan Pyan Habib tapi Abang Sufian.. seorang mata - mata yang jugak pada usia mudanya terjebak dengan Kelab Mini Utara.. hehehe.. paling aku respek dia cukup jaga Mini dia ni. aku saja tanya bila agaknya boleh tengok kereta Mini dia tu.. hanya nak pancing.. tapi rupanya dia memang nak jual.. apa lagi aku telefon seorang pomen yang aku kenal sangat mintak follow esok harinya untuk melihat Mini tu..

Petang esoknya kami sampai tengok Mini tu dan aku buat keputusan yang agak drastik.. aku telefon ayahandaku dan sedikit perbincangan dengan pomen malam tu jugak kami bawak pulang.. Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik tiada masalah besar.. sampai dikedai pomen baru aku cakap dengan Abang Pyan yang aku akan bayar duit kereta Mini itu.. bersambung lagi...

Saturday, March 6, 2010

Kisah Mini part-1


MINI Cooper - satu nama yang aku hampir lupa.. sebab Ayahanda aku Hj Jamil bin Hj Jaafar pernah milikinya satu ketika dulu..aku mula terdetik dan 'terjebak' dalam minat ni selepas aku menyertai satu konvoi yang dianjurkan oleh mini team utara.. aku hanya meminjam keta seorang teman yang sibuk untuk hadir dalam konvoi itu.. akhirnya aku 'terjebak'! ini hasil nukilan aku masa join konvoi itu... bersambung..

Tuesday, February 9, 2010

'flashback : PCU73'


Ntah kenapa tiba - tiba aku terasa nak abadikan kisah 'ride' aku yang pertama.. selepas SPM mak aku belikan sebab dapat result yang baik.. aku bersyukur sangat.. pilihan masa tu hanya moto cub.. yang paling terkenal pastinya Yamaha SS dan Suzuki RG tanpa clutch.. aku tak pilih dua2 tu.. pilihan aku adalah Kawasaki K1 (kay-one) aku tak tau kenapa aku pilih K1 ni tapi bagi aku semestinya aku memilih kelainan.. kelainan yang aku praktikkan sampai kini..

Kenapa sku pilih K1 sebagai ride aku? Kalau nak bagi alasan munasabah pastinya sebab motorsikal tu tak ramai yang pakai.. Jadi sedikit sebanyak aku kira 'advance' dari orang lain la kot.. keduanya sebab aku dah test Yamaha SS dan aku rasa ada kelemahannya masa 'conering' motor tu terlalu rendah dan selalunya stand depan akan 'sagat' jalan tar.. so aku tak syok la kalau sikit2 kona dan sangkut.. Suzuki RG pun aku dah test.. memang masa tu berkenan sungguh tapi clutch pulak tak dak.. masa tu kalau pakai motor tak dak 'clutch' memang tak 'ranggi' la.. hehe.. aku rasa saja kot.. hehehe.. mungkin yang tertanya awatnya aku tak pilih Honda EX-5 jawapan yang pasti 'it's a 4 stroke' aku tak layan!.. hehehe.. Ketiga KELAINAN yang ada pada motorsikal Kawasaki ni la..

Setelah pakai sebulan aku rasa macam nak jual balik saja sebab dia dah buat hal masa
servis yang pertama.. aku sedih mula2 servis dah nak kena potong blok.. aduhai.. mengamuk rasanya tak tau nak marah sapa.. aku hanya sabar dan pakai.. Alhamdulillah lepas tu dia Ok dan tak Ok tak dak sampai yang munasabah.. seperti 'mat - mat motor' masa tu aku semestinya akan jaga yang terbaik untuk K-1 aku tu.. dan aku sampai pernah namakan motor aku tu Kalila Utama.. (mau gelak kalau sapa yang dengar) obses sungguh aku ni..

Paling banyak kisah K-1 aku ni adalah masa diUitm, ada yang nak pinjam, ada yang mintak tolong aku hantarkan dan ada yang nak guna masa kecemasan.. ada yang pinjam tergolek masa nak hantar balik.. dan yang dia 'tergolek' tu pulak depan - depan aku.. perasaan masa tu bercampur baur nak marah dan kesian sama banyak.. tapi dia tu sahabat aku.. dan aku hanya mampu tersenyum 'kelat'.. Tak termasuk Timcid yang jadi co-driver aku beberapa semester pastinya cukup buat aku bersyukur dan mengajar aku selok belok jalan diKL..

Paling aku ingat adalah traveling dengan K1 aku tu masa balik kampung atau masa nak balik Shah Alam.. Sepanjang perjalanan yang aku lalui rasanya tak pernah meragam yang melampau walaupun kebanyakkan aku balik tu adalah secara berseorangan.. 8jam perjalanan atas K1 mengharungi waktu siang atau malam, waktu hujan atau panas bersama kami redah.. dah bila setiap kali sampai ke destinasi yang dituju aku akan menjerit puas sorang - sorang.. hehehe.. Ini semua mungkin amalam biasa aku yang selalu servis sebelum memulakan perjalanan jauh..

K1 itu mengajar aku banyak perkara, kekuatan semangat, kesabaran, setiakawan dan percintaan.. semua terjalin didalamnya.. mungkin banyak lagi ceritanya tapi cukuplah aku abadikan setakat ini.. Kini K1 tu dah bertukar ketangan adik aku yang kedua seterusnya yang ketiga.. dan ketika K1 tu dipandu oleh adik aku yang ketiga tu kemalangan sebanyak dua kali menimpanya.. Adakalanya bila aku fikirkan semua benda ada 'soul'.. Kalau kita jaga dia.. dia pasti akan jaga kita dan sebaliknya..

semua itu pengalaman hidup.. selepas 5tahun dengan K1 tu aku berubah kepada kereta pulak..

to be continue..

Friday, January 29, 2010

AZAM? Ntah la...

Rasanya sekarang ni anda dah sedar dan nampak perjalan 'Azam 2010' yang dikobar-kobarkan tak kala menjelangnya tahun baru.. Persolannya adakah kita berjalan atau masih berkubur seperti tahun sebelumnya.. Kalau tahun sebelum - sebelumnya azam kita ini berkubur pastinya ada sesuatu yang tak kena.. Kenapa? sebab kita ( terutamanya orang kita ) hanya tahu berazam.. tapi tak tahu nak melaksanakan.. ramai yang kita berkata tahun 2010 ni aku nak 'kahwin' tapi berapa ramai yang hanya tahu sebut tapi tak tahu nak rancang untuk mencapainya..

Jadi.. aku turunkan level aku bertanya pada 'student - student' aku.. 'Universiti apa yang mereka nak sambung belajar.. Apa jawapan mereka?.. 'tak tahu'.. sungguh mengejutkan.. jadi aku terpaksa explain supaya mereka kena ada perancangan.. kalau tak akan ramailah pelajar lagi yang masuk ke Universiti ikut keputusan yang ada tapi tak tahu nak kerja apa lepas ni.. Dilema.. tapi aku 'counter' balik.. kalau dah belajar rajin - rajin tapi tak dapat kerja yang diingini maka itu adalah rezeki kita..

Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang aku luahkan.. kalau nak komen silakan.. aku bukan apa.. hanya pencetus idea.. kerana masih ramai yang kita tanya tak mampu menjawab dengan satu jawapan yang menyakinkan.. macam baru ni aku tanya seorang teman.. 'Azam 2010 hang macam mana?'.. 'Ntah..' jawabnya ringkas...

syidi|20:52

Sunday, January 3, 2010

Kerana Dia?



Baru ni rakanku bertanya.. Kenapa dah lama tak update blog aku tu?.. aku tak dapat jawab dengan terperinci.. yang mampu jawab hanyalah SIBUK!.. satu perkataan yang boleh dimaksudkan dengan pelbagai cabang.. memang aku SIBUK.. sibuk dengan kerja partime aku sebagai 'wedding photographer' dan kemudiannya terlibat dengan LPM.. jadi aku sangat pack sehingga student aku sendiri bertanyakan kelas yang aku janjikan dengan mereka.. masih aku memberi jawapan yang sama SIBUK!.. dan dalam keadaan sibuk itu aku tak sangka kerana seorang teman seperjuanganku semasa Uitm dulu aku meluangkan masa untuk berjumpa dengan kawan - kawan yang lain.. cerita kawan ku ini dah ada dalam blog kawan aku yang seorang lagi.. tak perlulah aku nak ulangkan lagi cuma sejak akhir - akhir ini ceritanya menjadi 'geli' ujar penulis blog kawanku tadi..

Apa yang aku ambil positif tentang kejadian ini? Hanyalah dengan kerana cerita 'geli' kawanku ini telah menemukan aku dengan rakan - rakan se-Uitm dulu.. rakan - rakan yang hampir 10 tahun Uitm kami tinggalkan.. dan dah berubah wajah setiap kawan - kawan ini.. yang dulunya 'chubby' sekarang dah melidi, yang dulu 'slim' kini dan berisi, yang dulu comot sekarang dah pandai 'gromming' sendiri dan macam - macam lagi. Aku rasa bahagia sangat dapat jumpa kawan - kawan dulu dan bercerita kisah lama dan terkini.. aku bahagia dapat melihat riak wajah mereka, senyum tertawa dan gembira dengan 'life' diorang sekarang ni.. mungkin aku tak dapat menyelami semua isi hati.. apa yang pasti mereka seperti aku sebolehnya mencari jalan hidup sendiri, mencorak diri bersama orang yang disayangi..

Mungkin kerana dia kami bertemu.. hanya satu MISI MV oleh shah menemukan rakan - rakan dan mengeratkan hubungan.. dan hubungan ini kena teruskan.. kita tak tahu apa yang bakal mendatang.. cuma sebolehnya aku nak cari balik semua rakan dan menambah kawan - kawan. walaupun hanya sekadar untuk sembang kosong..

Dengan kehadiran 2010 ini aku yang mampu aku harapkan hanyalah yang paling utama ialah Keredhaan dan Rahmat dari Allah, Kebahagian aku sekeluarga, Kejayaan yang tak melalaikan, Iklas yang tak dibuat - buat, Rezeki yang tak putus - putus dan meningkatkan amalan baik.. tak lupa juga 'husnul qatimah (prasangka baik)' terhadap semua orang yang aku kenal..

Aku berdoa yang baik - baik kerana Doa Itu Senjata seorang Mukmin ketika senang atau susah..

Amin.. Kerana-Nya kita berjumpa dan Kerana-Nya kita akan kembali..