Powered By Blogger

Thursday, January 20, 2011

Kehilangan 2010


Aku mulakan tahun 2011 ini dengan mengimbau kembali segalanya yang berlaku pada 2010. Bukan orang yang aku nak ceritakan cuma apa yang aku miliki.

Aku nak mulakan dengan Nikon D40 yang aku jual dengan harga RM1K saja. Kamera SLR digital aku yang PERTAMA yang dibelikan oleh wife untuk aku pada tahun 2006. Dari situ bermula hobi aku dalam bidang fotografi perkahwinan bersama Eiman Photo Media dan khidmat terakhirnya adalah pada tahun 2009. Mungkin ada yang tanya kenapa aku jual kamera tu sedangkan perkhidmatannya cemerlang. Jawapan aku mudah.. pada masa aku nak upgrade kepada Nikon D80 yang dapat terima banyak lensa - lensa lama. Tak faham istilah tu? takpa. hanya kawan - kawan yang dah lama pakai DSLR ni tahu kenapa aku upgrade. Cukup setakat tu kot tentang kehilangan aku yang pertama.

Keduanya aku kehilangan kereta wira aku yang dijual setelah kemalangan pada Nov 2009. Selepas wira aku siap ntah apa yang tak kena dihati aku sampai aku jual walaupun kata kedai yang repair keta aku tu dah kata semuanya dah 'cun' balik. Mungkin perasaan keta tu dah kemalangan tu yang buat aku dah tak sedap hati bila bawak. Meragui keupayaannya. Akhirnya aku jual. Pada siapa? Jangan tanyalah.. keh3x..
Kereta yang aku beli pada tahun pertengahan 2005 mengakhiri perkhidmatannya dalam keluarga kami pada pertengahan 2010 jua..

Kehilangan yang ketiga pula lain ceritanya. Kenderaan setiaku sepanjang aku tak ada kereta setelah balik posting ke Penang terbiar sepi diceruk penjuru kiri rumahku. Motorsikal suzuki Phanter aku yang membawa aku ketempat kerja, meredah angin pagi, adakalanya hujan, adakalanya panas terik aku redah. Tak jemu - jemu ditunggang kemana jua.. namun setelah aku rebuild toyota KE30 aku akhirnya ianya terbiar semata - mata ia tak punya penghawa dingin dan radio penghibur aku. Dua tahun terbiar aku hanya gunakan sekali sekala untuk ke solat jumaat atau kekedai.. selebihnya aku biarkan saja.. Jadi aku update dalam mudah.com (Tq Mudah) dan motorsikal itu berpindah tangan kepada owner baru yang akan lebih menjaganya berbanding aku..

Kehilangan yang ketiga.. sebuah kenderaan yang paling aku sayang dan paling berat aku nak jualkan.. namun 'jodoh'nya dengan aku mungkin sampai 2010.. aku jual kereta Toyota KE30 aku yang merupakan kenderaan keluarga sejak dari tahun 1977 (dibeli sama dengan tarikh lahirku) hampir 34 tahun bersama keluarga aku dan mengalami masa naik dan turunnya. Aku telah buat 'full body restoration' pada tahun 2007 dan siap dengan engine rebuild pada 2008. Berkhidmat denganku dengan cemerlang. Perjalanan paling jauh ke utara ilah ke Kuala Perlis manakala ke Selatan hingga ke Teluk Intan. Namun setelah DUA tahun berkhidmat Ia kembali tersadai apabila aku membeli kenderaan baru yang jangkaannya lebih menjimatkan petrol (entahlah..).

Hakikatnya setiap KEHILANGAN akan ada penganti. Namun setiap pengganti tidak akan sama dengan pengalaman yang kita kecapi dengan apa yang telah kita HILANG...