Dua minggu ni kawasan Permatang Pauh semakin heboh.. dulu pekan yang sunyi ni dan kawasan parlimen sekitarnya penuh dengan bendera - bendera parti yang bersimpang siur di atas jalan. Aku berkesempatan semalam ronda - ronda tengok suasana.. cadangnya malam ni tapi aku tak berani nak amik risiko dah sebab aku tahu malam ni bukan setakat heboh tapi akan semakin gamat.. dan aku amik jalan mudah tak nak terjebak kalau berlaku sebarang aktiviti yang aku anggap tak 'sihat'..
Apapun suasana dah semakin hangat.. hari selasa ni aku nak ucapkan kepada warga Pulau Pinang selamat bercuti sempena hari membuang undi.. harapan aku semuanya berjalan lancar esok.. bagi yang dapat cuti jangan lupa mengundi.. jangan dapat cuti lepas ni tak mengundi pulak.. alih2 balik kampung.. ingat.. undi anda adalah penting yang menentukan apa yang akan dibawa kemudian hari..
Permatang Pauh.. dah heboh.. malam ni bertambah la heboh..
Selamat Mengundi!!
Sunday, August 24, 2008
Sunday, August 17, 2008
Percubaanku..
Salam..
Apa khabar semua.. ini adalah percubaan aku untuk buka sebuah blog.. aku tak tahu nak mulakan macam mana.. tapi setiap satu permulaan kena mula dengan satu langkah.. betul tak? jadi perkara yang pertama yang selalu aku buat bila jumpa kawan2 atau sesapa pun aku akan ucapkan salam then aku akan tanya soalan ni.. 'Apa cerita? '.. jadi blog ni aku akan masukkan apa saja cerita yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan.. mungkin dari pembacaan atau dari pengalaman atau dari sembang2 kosong ngan kawan yang dah lama aku kenal atau baru kenal.. jadi kalau ada yang nak baca aku persilakan dan kalau ada yang nak kongsipun aku tak kisah.. dipersilakan juga..
every journey start with one step.. Hoping my step will continue and never turning back..

Subscribe to:
Comments (Atom)