Powered By Blogger

Sunday, August 24, 2008

Heboh... Permatang Pauh..

Dua minggu ni kawasan Permatang Pauh semakin heboh.. dulu pekan yang sunyi ni dan kawasan parlimen sekitarnya penuh dengan bendera - bendera parti yang bersimpang siur di atas jalan. Aku berkesempatan semalam ronda - ronda tengok suasana.. cadangnya malam ni tapi aku tak berani nak amik risiko dah sebab aku tahu malam ni bukan setakat heboh tapi akan semakin gamat.. dan aku amik jalan mudah tak nak terjebak kalau berlaku sebarang aktiviti yang aku anggap tak 'sihat'..

Apapun suasana dah semakin hangat.. hari selasa ni aku nak ucapkan kepada warga Pulau Pinang selamat bercuti sempena hari membuang undi.. harapan aku semuanya berjalan lancar esok.. bagi yang dapat cuti jangan lupa mengundi.. jangan dapat cuti lepas ni tak mengundi pulak.. alih2 balik kampung.. ingat.. undi anda adalah penting yang menentukan apa yang akan dibawa kemudian hari..

Permatang Pauh.. dah heboh.. malam ni bertambah la heboh..

Selamat Mengundi!!

No comments: