
Ntah kenapa tiba - tiba aku terasa nak abadikan kisah 'ride' aku yang pertama.. selepas SPM mak aku belikan sebab dapat result yang baik.. aku bersyukur sangat.. pilihan masa tu hanya moto cub.. yang paling terkenal pastinya Yamaha SS dan Suzuki RG tanpa clutch.. aku tak pilih dua2 tu.. pilihan aku adalah Kawasaki K1 (kay-one) aku tak tau kenapa aku pilih K1 ni tapi bagi aku semestinya aku memilih kelainan.. kelainan yang aku praktikkan sampai kini..
Kenapa sku pilih K1 sebagai ride aku? Kalau nak bagi alasan munasabah pastinya sebab motorsikal tu tak ramai yang pakai.. Jadi sedikit sebanyak aku kira 'advance' dari orang lain la kot.. keduanya sebab aku dah test Yamaha SS dan aku rasa ada kelemahannya masa 'conering' motor tu terlalu rendah dan selalunya stand depan akan 'sagat' jalan tar.. so aku tak syok la kalau sikit2 kona dan sangkut.. Suzuki RG pun aku dah test.. memang masa tu berkenan sungguh tapi clutch pulak tak dak.. masa tu kalau pakai motor tak dak 'clutch' memang tak 'ranggi' la.. hehe.. aku rasa saja kot.. hehehe.. mungkin yang tertanya awatnya aku tak pilih Honda EX-5 jawapan yang pasti 'it's a 4 stroke' aku tak layan!.. hehehe.. Ketiga KELAINAN yang ada pada motorsikal Kawasaki ni la..
Setelah pakai sebulan aku rasa macam nak jual balik saja sebab dia dah buat hal masa
servis yang pertama.. aku sedih mula2 servis dah nak kena potong blok.. aduhai.. mengamuk rasanya tak tau nak marah sapa.. aku hanya sabar dan pakai.. Alhamdulillah lepas tu dia Ok dan tak Ok tak dak sampai yang munasabah.. seperti 'mat - mat motor' masa tu aku semestinya akan jaga yang terbaik untuk K-1 aku tu.. dan aku sampai pernah namakan motor aku tu Kalila Utama.. (mau gelak kalau sapa yang dengar) obses sungguh aku ni..
Paling banyak kisah K-1 aku ni adalah masa diUitm, ada yang nak pinjam, ada yang mintak tolong aku hantarkan dan ada yang nak guna masa kecemasan.. ada yang pinjam tergolek masa nak hantar balik.. dan yang dia 'tergolek' tu pulak depan - depan aku.. perasaan masa tu bercampur baur nak marah dan kesian sama banyak.. tapi dia tu sahabat aku.. dan aku hanya mampu tersenyum 'kelat'.. Tak termasuk Timcid yang jadi co-driver aku beberapa semester pastinya cukup buat aku bersyukur dan mengajar aku selok belok jalan diKL..
Paling aku ingat adalah traveling dengan K1 aku tu masa balik kampung atau masa nak balik Shah Alam.. Sepanjang perjalanan yang aku lalui rasanya tak pernah meragam yang melampau walaupun kebanyakkan aku balik tu adalah secara berseorangan.. 8jam perjalanan atas K1 mengharungi waktu siang atau malam, waktu hujan atau panas bersama kami redah.. dah bila setiap kali sampai ke destinasi yang dituju aku akan menjerit puas sorang - sorang.. hehehe.. Ini semua mungkin amalam biasa aku yang selalu servis sebelum memulakan perjalanan jauh..
K1 itu mengajar aku banyak perkara, kekuatan semangat, kesabaran, setiakawan dan percintaan.. semua terjalin didalamnya.. mungkin banyak lagi ceritanya tapi cukuplah aku abadikan setakat ini.. Kini K1 tu dah bertukar ketangan adik aku yang kedua seterusnya yang ketiga.. dan ketika K1 tu dipandu oleh adik aku yang ketiga tu kemalangan sebanyak dua kali menimpanya.. Adakalanya bila aku fikirkan semua benda ada 'soul'.. Kalau kita jaga dia.. dia pasti akan jaga kita dan sebaliknya..
semua itu pengalaman hidup.. selepas 5tahun dengan K1 tu aku berubah kepada kereta pulak..
to be continue..

5 comments:
Sapa buleh lupa moto hang PCU 73 tuh..akula yg pembonceng tetap hang..aku penah tergolek gak dog dpn Hotcat ITM..masa aku bgtau hang..nmpak asap ja keluaq dari badan hang..anyway bnyk memori moto hang tu siott..choiishh! Idup K1 haha
Simply Sambalicious at Sunway Piramid mmg Surr..dh xdak kedai nasi lemak tuh..Kitakan favourite lepak kat Sunway
yang hang tergolek tu aku tak ingat.. paling aku ingat Lan Bomba yang tergolek.. aduhai.. depan kona masuk kolej jati tu...
K-1..hanya CD je yang ride! It's trully your trademark bro!
Don lak..dengan kapchainya..ke Modestos..almost every alternate nite..what a life....
cam kenal je K-1 ni..hehe
Post a Comment