Powered By Blogger

Wednesday, June 1, 2011

Kembara Perth, Australia Part 1


31 Mei 2011

Perjalanan dari Pulau Pinang ke LCCT bermula pada jam 12.30 tengahari. Setelah dua kali berhenti di R&R kami tiba di LCCT pada jam 8.00 malam. Check In Baggage selesai pada jam 9.00 malam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lawaknya aku terlupa tentang no password pada bag pakaian aku. Nasib baik Anody pandai dok jadi magyver dan selesaikan masalah tu.

Kami check in dalam tempat menanti jam 10.00 malam dan jam 12.00 malam kami berlepas dari LCCT ke Perth, Australia. Menaiki AirAsia-X dikatakan lebih selesa dari LCCT ke Perth. Mungkin itu saja yang aku mampu ungkapkan sebab aku jarang sekali naik kapal terbang. Perjalanan selama 5 jam bagi aku cukup memenatkan. Adakalanya aku terjaga dan gelisah. Tak tahu nak buat apa lagi.. membaca aku tak ada mood. Alangkah bahagia kalau internet dapat diakses ketika diatas kapal terbang itu.. Akhirnya aku paksa diri untuk lelap mata.. Zzzz..

5.20pagi waktu Perth kami tiba dan ketua rombongan telah memaklumkan betapa tegasnya kastam Australia tentang membawa makanan dan minuman tenusu ke Perth. Aku antara yang kena 'random chec-up' habis digeledahnya bag dan badan. Tak cukup dengan itu kasut dan bag aku diimbas sekali lagi. Akhirnya hampir 30 minit semuanya selesai tanpa sebarang masalah. mungkin inilah tips yang perlu aku 'share' dengan kengkawan yang nak pergi ke mana-mana bahagian Australia barangan tenusu sepeti susu, minuman segera berbentuk 3+1 pastinya akan dirampas.

Menjengah ke ruang lapangan terbang Perth aku rasa satu suasana baru. Suasana sejuk dan sunyi. Aku mengamil gambar kenangan di Perth International Airport. Namun sekali lagi ditegur oleh pengawal yang bertugas dengan aksi yang kurang menyenangkan. Apapun itulah sikap profesional dan peka pihak keselamatan disana. Sikit sebanyak membuatkan kita rasa diperhatikan.. Fuhh...

3 comments:

Hamdio said...

Perth, Perrgghhh...besh tu..Kangaroo jgn lupa k

Syidi 0195180463 said...

Tim. Hehehe. nanti aku upload kat hang gambar kangaroo..

traveller said...

Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
owner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi