Semalam aku dapat berita dari seorang sahabat tentang kehilangan motorsikalnya.. Minta - minta aku tolong tanyakan kepada sesiapa yang dapat membantu.. sedih dengar tentang kehilangan benda.. sedih sebab kita susah payah kumpul duit kemudian dengan mudah orang ambil tanpa kebenaran atau mudahnya kita cakap CURI.. aku bukan nak cerita pasal curi mencuri yang aku rasa perkara yang tak berkesudahan.. orang sekarang dah tak anggap curi tu seperti salah besar, malu apatah lagi.. kalau kena tangkap pun macam biasa saja wajah mereka.. Aduhai..
Apa yang aku nak cerita adalah tentang apa yang aku pernah kawan aku cakap kat aku semasa aku kehilangan barang dulu.. katanya.. "Hang tak bayar ZAKAT kot.." terkedu jugak dengar ayat tu.. tapi itu dah lama.. kemudian baru sebentar tadi aku buka satu organizer 2008 PUZ, satu Hadith Rasulullah membuatkan aku terfikir panjang.. jadi aku nak kongsilah..
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng - benteng zakat" (Riwayat Abu Daud)
Bila dah baca ayat tu barulah aku sedar pa yang kawan aku cakapkan dulu tu.. aku pun takut nak kongsi benda ni tapi bila kita anggap benda ni baik, aku tawakkal dan bagitau kawan - kawan yang baca blog ni.. salah satu zakat yang kita boleh buat selain daripada zakat Hari Raya Aidilfitri adalah Zakat Pendapatan @ zakat atas gaji kita.. kalau yang dah buat teruskanlah.. yang belum lagi fikir - fikirkanlah.. bukan banyak pun sebulan.. bukan apa kadangkala kita ni nak derma pun agak 'liat' jadi tak salah rasanya kita 'melabur' ketempat yang kita yakin.
Mungkin ada yang bersuara agak penat nak potong gaji untuk PUZ tu tapi cuba fikirkan dengan berkat yang Allah janjikan pada kita bila berzakat.. InsyaAllah dengan keberkatan hidup ini segala yang kita buat baik akan menjadi.. Segala yang tak baik akan kita hidari dan InsyaAllah segala mala petaka akan dijauhi.. Amin..
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Jika kamu beri zakat maka jangan lupa pahalanya, iaitu dengan berkata:
Wahai Tuhan, Jadikanlah ia satu keuntungan dan jangan jadikannya suatu kerugian"
Sunday, October 25, 2009
Friday, October 23, 2009
Bila dah cinta..

Bila dah cinta ni macam - macam kita sanggup lakukan. Kalau dulu jatuh cinta dengan orang sekarang jatuh cinta pulak dengan kereta.. salah satu kereta aku sayang ni la.. Mini Cooper Classic yang aku beli dekat setahun sudah.. macam - macam dah aku buat untuk meluahkan rasa cinta aku kat keta ni.. tapi masih banyak yang aku nak lalui.. Alhamdulillah baru ni bawak pi konvoi sampai Melaka pada Hari Buruh 2009 berjalan lancar.. tak meragam.. mungkin sebab aku pun dok jaga dia jugak..
Tapi seperti biasa kita kena faham jangan TERlalu cinta atau sayang takut nanti akan ada dugaan yang tak mampu kita tahan.. so aku amik jalan terbaik 'Cintalah seadanya supaya engkau tak Kecewa'
Belanjawan 2010 : antara syukur @ mengelupur..
Baru tadi aku dengar tak dengar belanjawan 2010 dari PM kita.. satu pendekatan yang cukup dekat dengan rakyat.. dan rakyat sepatutnya bersyukur.. syukur kerana perincian ini bertujuan untuk rakyat.. cuma jangan ada yang mengambil kesempatan yang selalunya kita buat.. bukan bersyukur tu bermakna kena mengagungkan belanjawan itu tapi dengan cara menggunakan apa yang diperuntukkan kepada kita dengan jujur.. teringat aku kisah petani kita jual baja subsidi dulu.. itu salah satu benda ketidakjujuran dan ketidaksyukuran kita.. (betul ntah ayat itu).. jadi.. ingatlah kepada yang mendapat kelebihan dalam belanjawan ini.. jangan salahkan gunakan apa yang diberi..
Namun ada jugak yang akan mengelupur dengan belanjawan ini.. ada yang berharapan tinggi tapi tak menjadi.. macam - macam sms aku terima buat lawak sebelum belanjawan ni berlangsung tadi.. sampai aku ketawa sendiri.. jadi ingatlah.. semakin tinggi kita mengharap akan semakin tinggilah kita akan dikecewakan.. janganlah nak mengharap.. dan kalau nak mengharap jugak mengharaplah yang sedikit.. kalau tak dapat tak rasa sakit.. kalau dapat boleh la senyum sikit.. yang penting bersyukurlah kerana kita masih ada lagi kerja.. masih lagi bernyawa dan masih lagi sihat untuk menyara keluarga..
Ingatlah.. rezeki itu dari Ilahi.. kita lupa Ilahi.. lu fikir sendiri apa nak jadi..

Tuesday, September 29, 2009
Kembali Mengajar..
Semalam dah mula kembali mengajar.. Sembilan hari dah cuti naik liat aku nak bangun dan nak siap ke sekolah.. mungkin sebab dah siap semua kerja yang perlu aku lakukan tapi bila fikirkan balik kerja yang bertimbun aku rasa inilah masa untuk aku selesaikan tugasan yang pihak atasan dah berikan kat aku.. harap bos2 yang kat atas faham bila aku utamakan yang perlu diutamakan..
Masuk ja sekolah aku bersyukur sebab semangat telah kembali.. walaupun suasana raya masih ada tapi aku tahu semua cikgu - cikgu lain dah semangat nak jalankan tugas.. aku seperti biasa.. faham2 sajalah.. hehehehe..
Dah lama tak kunjung kekantin.. yela bulan ramadhan memang tak bukak kantin tu jadi makanan best la pulak bila lama dah tak makan.. thanks abang zali!!.. hehehehe..
Kelas tingkatan 4 macam biasa la.. seronok dengar budak2 dok cerita bab raya... hehehe.. jadi aku layan la jugak dan terkenang kisah lama beraya.. memang berbeza dengan budak2 sekarang.. tapi ada jugak yang tak berbeza sebagai contoh pada hari raya ni mesti nak tengok wayang.. hehehehe..
gitulah celoteh aku hari ni tentang hari semalam...

Wednesday, September 23, 2009
Monday, September 21, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Hari ni dah hari raya ketiga.. baru aku ada masa nak update blog ni.. sekian lama aku makin jadi makin malas.. bukan aper.. masa yang nak peruntukkan makin kurang.. tido aku pun dah macam tak cukup.. kalau tanya kawan aku.. pasti jawapannya 'hang tak pandai urus masa tu..'. Mungkin betul mungkin tidak apa yang kawan aku cakapkan tu.. bukan apa.. kadangkala kita mampu merancang.. tapi adakalanya segala yang bakal kita tempoh kita tak tahu..
tak pe la.. aku kan cuba cari masa.. itu yang PKanan aku penah cakap.. nak kata kerja yang nak buat memang sentiasa tak habis - habis.. rasanya makin bertimbun - timbun.. hehehe..lawak - lawak.. Aku boleh dan aku cuba.. Amin..
Semalam aku buat open house.. bukan open sangat cuma kebiasaannya aku jemput kawan - kawan datang rumah hari kedua.. jadi menu aku tahun ni Laksa Buyong Layar Yooi, Lemang Lahar Yooi, Rendang Tok Kak Resida, Kuih raya 'Pick n Pay', Kacang Manikan ( pelbagai ) dan air berkabonat F&N.. hehehehe..
Mungkin ada yang tertanya mana aku pergi Raya Pertama?.. macam tahun sebelum aku akan solat sunat Hari Raya dekat surau taman aku kemudian ke rumah tok aku (nenek) berjumpa dengan parent aku kat sana.. kemudian ke rumah Ngah aku.. kemudian ada family photoshot kejap kat rumah member aku fadzliah ( thanks fadzliah amik aku jadi photographer) kemudian aku balik ke rumah parent aku dan last sekali baru balik rumah mertua aku. Tak banyak rumah yang aku pergi tapi penatnya penat la sangat.. bukan apa spent quality time kat sana.. mungkin nanti aku akan upload gambar pulak yer.. so itulah cerita Raya tahun 2009.. tahun depan entah lah.. sama ada aku dapat lagi untuk bertemu Ramadhan Al Mubarak dan Syawal di tahun 2010.
kalau ada rakan - rakan yang membaca blog ni ampun dan maaf aku pohonkan.. salah silap terkasar bahasa atau apa-apa saja yang buat kawan - kawan kecil hati ngan sikap aku harapnya dimaafi.. Salam Ceria di Aidil Fitri

Friday, August 14, 2009
Lamanya aku menyepi..
lama sangat dah rasanya aku menyepi lepas pilihanraya hari tu.. mungkin sebab aku dah malas atau apa.. aku sendiri tak pasti.. yang aku sedar dah hampir setahun aku tak kunjung blog ni.. hampir aku dah lupa.. bila fb 'menggila' aku jadi taksub dan asyik dengan mencari kawan - kawan sekolah dan kawan Uitm dulu.. upload gambar tu dan ini.. ketawa baca komen yang ntah mengarut2 aku rasakan.. lupa blog ini yang setia menanti.. aku benar2 lupa.. hinggalah aku tergerak hati untuk buka blog yang aku bina dengan hp aku.. tiba2 aku terbuka blog ini.. perasaan hati bercampur baur..tak tahu.. kalau blog ini manusia rasanya dah lama aku kena sumpah seranah... Terima kasih Allah kerana men'jumpa'kan aku dengan blog aku ini.. terima kasih blog kerana setia menanti..
Subscribe to:
Posts (Atom)