Powered By Blogger

Friday, October 23, 2009

Belanjawan 2010 : antara syukur @ mengelupur..

Baru tadi aku dengar tak dengar belanjawan 2010 dari PM kita.. satu pendekatan yang cukup dekat dengan rakyat.. dan rakyat sepatutnya bersyukur.. syukur kerana perincian ini bertujuan untuk rakyat.. cuma jangan ada yang mengambil kesempatan yang selalunya kita buat.. bukan bersyukur tu bermakna kena mengagungkan belanjawan itu tapi dengan cara menggunakan apa yang diperuntukkan kepada kita dengan jujur.. teringat aku kisah petani kita jual baja subsidi dulu.. itu salah satu benda ketidakjujuran dan ketidaksyukuran kita.. (betul ntah ayat itu).. jadi.. ingatlah kepada yang mendapat kelebihan dalam belanjawan ini.. jangan salahkan gunakan apa yang diberi..

Namun ada jugak yang akan mengelupur dengan belanjawan ini.. ada yang berharapan tinggi tapi tak menjadi.. macam - macam sms aku terima buat lawak sebelum belanjawan ni berlangsung tadi.. sampai aku ketawa sendiri.. jadi ingatlah.. semakin tinggi kita mengharap akan semakin tinggilah kita akan dikecewakan.. janganlah nak mengharap.. dan kalau nak mengharap jugak mengharaplah yang sedikit.. kalau tak dapat tak rasa sakit.. kalau dapat boleh la senyum sikit.. yang penting bersyukurlah kerana kita masih ada lagi kerja.. masih lagi bernyawa dan masih lagi sihat untuk menyara keluarga..

Ingatlah.. rezeki itu dari Ilahi.. kita lupa Ilahi.. lu fikir sendiri apa nak jadi..

2 comments:

PapaRoe said...

Bolehlah kata begitu.... dapat sebuak 500 tapi... kami dah dapat 250 dan lagi 250 mana boleh terhimpun huhuhu...

Syidi 0195180463 said...

Itulah dugaan, hanya Allah yang tentukan.. kita hanya Meredhakan..