Powered By Blogger

Sunday, October 25, 2009

ZAKAT : Antara penat dan berkat

Semalam aku dapat berita dari seorang sahabat tentang kehilangan motorsikalnya.. Minta - minta aku tolong tanyakan kepada sesiapa yang dapat membantu.. sedih dengar tentang kehilangan benda.. sedih sebab kita susah payah kumpul duit kemudian dengan mudah orang ambil tanpa kebenaran atau mudahnya kita cakap CURI.. aku bukan nak cerita pasal curi mencuri yang aku rasa perkara yang tak berkesudahan.. orang sekarang dah tak anggap curi tu seperti salah besar, malu apatah lagi.. kalau kena tangkap pun macam biasa saja wajah mereka.. Aduhai..

Apa yang aku nak cerita adalah tentang apa yang aku pernah kawan aku cakap kat aku semasa aku kehilangan barang dulu.. katanya.. "Hang tak bayar ZAKAT kot.." terkedu jugak dengar ayat tu.. tapi itu dah lama.. kemudian baru sebentar tadi aku buka satu organizer 2008 PUZ, satu Hadith Rasulullah membuatkan aku terfikir panjang.. jadi aku nak kongsilah..

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng - benteng zakat" (Riwayat Abu Daud)


Bila dah baca ayat tu barulah aku sedar pa yang kawan aku cakapkan dulu tu.. aku pun takut nak kongsi benda ni tapi bila kita anggap benda ni baik, aku tawakkal dan bagitau kawan - kawan yang baca blog ni.. salah satu zakat yang kita boleh buat selain daripada zakat Hari Raya Aidilfitri adalah Zakat Pendapatan @ zakat atas gaji kita.. kalau yang dah buat teruskanlah.. yang belum lagi fikir - fikirkanlah.. bukan banyak pun sebulan.. bukan apa kadangkala kita ni nak derma pun agak 'liat' jadi tak salah rasanya kita 'melabur' ketempat yang kita yakin.

Mungkin ada yang bersuara agak penat nak potong gaji untuk PUZ tu tapi cuba fikirkan dengan berkat yang Allah janjikan pada kita bila berzakat.. InsyaAllah dengan keberkatan hidup ini segala yang kita buat baik akan menjadi.. Segala yang tak baik akan kita hidari dan InsyaAllah segala mala petaka akan dijauhi.. Amin..


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Jika kamu beri zakat maka jangan lupa pahalanya, iaitu dengan berkata:
Wahai Tuhan, Jadikanlah ia satu keuntungan dan jangan jadikannya suatu kerugian"

4 comments:

PapaRoe said...

Sy ada juga buat potongan zakat pendapatan bulan-bulan tapi motor Ego sy kena curi tiga hari sebelum raya tahun lepas. Jd apa sy buat la ni tiap waktu pi surau sy masukkan RM1.00 dalam tabung jd sehari sy bayar RM5.00 seharga tengok wayang malam rabu di sunway. Masa dulu-dulu sy rajin tengok wayang dan sangup bayar sebelum melangkah masuk, jd sy cuba amalkan bila melangkah masuk surau lak. Hasilnya tiap-tiap malam sy dapat tayangan (mimpi) yang seronok sangat. Cubalah amalkan.

Syidi 0195180463 said...

hehehe.. baik idea abang tu.. nanti saya cuba..

PapaRoe said...

ini bukan ieda tetapi lebih kepada ilham. hehehe

PapaRoe said...
This comment has been removed by the author.