Powered By Blogger

Thursday, October 29, 2009

ZIARAH : Antara Adab dan Ingatan

Salam..

Baru - baru ini ada sahabat lama isteri datang bertandang kerumah.. katanya ingin jumpa bertanya khabar.. betapa gembira isteri saya menceritakan kisah lamanya dengan sahabatnya itu.. sampai dia mengulangi ingatan pada saya supaya berada dirumah sebelum kehadiran sahabatnya itu.. saya berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan segala perkara sebelum jam 7 mlm.. Alhamdulillah saya berjaya sampai kerumah sebelum waktunya..

Isteri yang sangat gembira menyediakan juadah menyambut tetamu kami.. tak sabar menanti dan nak bercerita kenangan lama.. janjinya jam 8 mlm akhirnya jam 9 mlm mereka tiba.. saya yang kepenatan tersenggup sekejap menanti kehadiran.. kalau ikutkan hati dah lama saya beradu diri..

Setibanya mereka kami sambut sebaik mungkin.. bertanya khabar dan sebagainya.. bercerita tentang rumah dan famili.. semuanya berjalan lancar sehingga selesai makan malam yang disediakan isteri.. sesudah makan saya dan suami sahabat isteri melabuhkan diri didepan TV bercerita minat orang lelaki.. apa lagi kalau bukan kereta.. kemudian dia tanya saya tentang kerja saya (sekadar untuk memancing perhatian ).. akhirnya giliran saya bertanya kepada suami sahabat isteri saya itu.. dan ketika dia mula bercerita saya rasa menyesal saya bertanyakan soalan tersebut.. Apabila diberi peluang dia mula bercerita tentang kisah MLM-nya.. arghh.. ketika itu saya terperangkap dalam dilema.. antara ingin menghentikan dia bercakap atau teruskan mendengar.. isteri saya yang mendengar mula membuat isyarat muka kepada saya.. akhirnya saya ambil keputusan untuk mendengar dan menghormati apa yang nak disampaikan.. tak perlulah dinyatakan apa barang yang nak dijualnya.. cuma sekadar air tapisan yang sangat terkenal sekarang ini.. akhirnya saya yang keletihan hanya mendengar dengan sabar hampir sejam lebih penerangannya.. Akhirnya setelah jam 11.15mlm semua selesai dan mereka pulang.. saya dan isteri rasa lega berbaur kecewa..

Kenapa kita sudah lupa dengan ADAB? adab ziarah bertandang kerumah orang. Pertama sekali memilih waktu yang sesuai, Kedua masa berada dirumah orang yang diziarah, sebolehnya tidak terlalu lama sampai membebankan tuan rumah.. ketiga ziarah itu haruslah ikhlas, tiada perkara tersirat untuk ziarah itu.. keempat ziarah dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim bukan untuk bagi orang bertambah meluat!, dan yang terakhir ziarah berasaskan ingatan bukan untuk mencari peluang..

Saya anggap ingatan itu lebih penting dari ziarah.. tanpa ingatan kita tidak akan bertanya khabar, tanpa ingatan kita tidak akan ziarah dan tanpa ingatan kita tidak akan mengeratkan silaturrahim.. tapi setiap yang dilakukan selepas ingatan itu perlulah difikirkan dan bila ziarah ingatlah ADAB MENZIARAH..

Sedikit teguran kepada yang ingin menyelitkan ziarah dengan promosi MLM, anda sepatutnya berasa malu kerana setelah anda diraikan, tuan rumah pula perlu mendengar ceramah MLM anda yang ntah apa-apa ntah.. mereka terlupa dimana mereka berada dan tidak menghiraukan keadaan atau suasana rumah tersebut, anak menangis dan esoknya tuan rumah itu perlu ketempat kerja seawal paginya.. Lebih menjengkelkan mereka seakan - akan tidak faham semua itu sedangkan mereka juga bekerja dan punyai anak -anak.

Cadangan saya jika ingin berbakti apa salahnya panggil orang datang kerumah dengan alasan membuat kenduri kecil - kecilan dan dari situ bolehlah nak cakap apa sekali pun tentang perniagaan anda.. selain buat pahala menjamu tetamu anda juga menarik hati orang yang datang dengan suasana rumah anda. selain memberi inspirasi dan sebaginya.. jadi fikirkanlah.. Para Upline janganlah terlalu jadikan apa saja yang anda buat sebagai contoh tanpa menghiraukan pandangan orang lain sebolehnya adakan berbagai cara untuk dekati pelanggan anda.. tak perlu sampai kerumah.. kerana biasanya dirumah kita jadikan tempat untuk berehar dan tenangkan fikiran.. seperti anda yang berniaga juga.. bukankah begitu?

Rasanya cukuplah sekali kami menerima tetamu yang sebegini rupa.. sedih pun ada kecik hati pun ada.. sedih kerana mengingatkan mereka datang dengan ikhlas untuk ziarah, kecik hati kerana kali pertama kedatangan mereka sudah membuatkan kami terkilan..

Seharusnya semua ini tidak patut berlaku dan mungkin patut berlaku untuk menjadi ikhtibar kepada saya dan semua yang baca blog ini..

"Kita Orang Melayu penuh dengan Adab.. sudahkah kita lupa?.."

2 comments:

PapaRoe said...

sedu sungguh membaca luahan hatimu, sbb tu saya amat suka jumpa orang di luar rumah. Lagipun dah lama dah selalu kena macam tu.

p/s anda punya jam tak betul, betulkan di bahagian 'setting'

SHAH MOLOKO said...

MLM..nothing comes easy in this world..especially duit bro..

kalau MLM nie brilliant..aku syorkan garaduan2 gunakan duit pinjaman biasiswa untuk melabur. bila grade je semua dah jadi millionare...sebab tu ianya lebih ke merapu dari yang benar..

kerja keras..itu motto aku..motto kita..